Pages

  • Home
  • About

Le Journey

Assalamualaikum 

Banyak bunyi.


Bingit rasa telinga
Semak rasa mata
Bila dengar
Bila baca
Benda-benda yang tak sepatutnya.

Kehebatan manusia ni
Hanya pada mulut
Tindakannya tak hebat mana pula.

Riak sana sini
Dia punya hebat habis semua dia canang
Tapi keburukan dia?
Dia simpan dalam dalam
dikunci, dimangga dalam peti besi
takut betul kalau orang tahu.

Heh.

Apa yang nak dihebohkan?
Apa yang nak dibanggakan?
Apa yang nak dirungutkan?
Apa yang nak diperbesarkan?

Apa?

Walhal semua tu sementara je
Jangan takbur kawan
Sekali Allah tarik balik semua
takda apa lagi yang kau nak banggakan dah
Apa yang tinggal lagi?
Malu.

Sekarang aku tanya
Bila semua dah kena tarik balik
nak ke kau hebohkan berita tu?


Bersyukurlah insan.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Assalamualaikum 

Back.

Nak dijadikan cerita, aku suka menulis. Cuma aku tak sukalah nak menulis benda yang memerlukan aku berfikir secara kritis dan kreatif. Sebab tulah aku tak berapa nak berkenan tulis karangan ni huahua. Aku pernah terfikir nak buat novel lagi tapi semua cerita aku berhenti separuh jalan, tak pernah sampai destinasi. Dah singgah R&R kejap terus lupa jalan nak pergi destinasi tu. Heh.

We judge too quickly.

Kenapa macam tu eh?

Entah. Aku pun tak tahu. Bila nampak orang lain sikit dari kita, macam ada suara dalam kepala ni mula jerit benda negatif.

Bila nampak orang lebih sikit dari kita,
"Berlagak gila."

Bila nampak orang muka ketat je tak senyum,
"Sombong gila."

Bila nampak orang sedekah,
"Menunjuk gila weh."

Hambik kau, semua dia nak "gila"kan. Entah apa yang tak puas hati sangat. Padahal orang tu mungkin takda niat pun nak tunjuk dia lebih dari kita. Mungkin dia tak senyum sebab dia ada masalah. Mungkin dia ikhlas nak sedekah kerana Allah.

Kau tahu ke?

Kau tahu ke semua tu?

TAK TAHU KAN??

Macam mana pulak kau boleh tahu niat dengan perasaan seseorang? Kau bukan Tuhan. Bijaknya kau boleh tahu siapa ikhlas siapa yang tak ikhlas. Buatnya orang tu memang ada masalah, kena pulak kau fitnah, end up dia depressed tahap maksimum, lepastu bunuh diri ke jadi gila ke. Kau tak rasa bersalah ke?

Kalaulah ada rasa macam diri tu fikir negatif pasal orang lain, tak perlulah nak bagitau orang lain, lepastu mengumpat pulak. Yang kelakar tu mengumpat pasal benda yang dia sendiri tak tahu kesahihannya. Dah sebar fitnah pulak. Hok aloh. Dosa datang berduyun-duyun. Pahala awak pulak pergi dekat dia. Kalau dah ada rasa macam tu, simpan dalam hati, istighfar.

Kalau nak fikir apa-apa, kalau nak cakap apa-apa, make sure ada bukti dulu baru cakap. Ada fakta, baru cakap. Ini kalau main bantai cakap je, walaupun awak tu tak mulakan cerita auta tu, tapi bila awak sebarkan dekat orang lain, sama je berdosa.

Konklusinya, don't judge a book by its cover. Kalau orang buat benda tak elok, tanya dia dulu kenapa. Jangan pakai serbu je. Dia mesti ada alasan sendiri. Kau pun mesti sedih kalau orang buat fitnah pasal kau kan kan kan kan. Siasat dulu, tapi jangan sampai orang panggil kau busybody pulak, melampau-lampau kau punya concerned camtu.

Diam lebih baik dari menyebar fitnah.

Hakikatnya, kita semua sama je. Tak payah nak kutuk orang sana sini. Takda faedah pun.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Assalamualaikum 

2015. 

Tengok orang tu, jealous. Tengok orang ni, "Ah nak jadi macam dialah bestnya!"

Cuba rilek. Jadi diri sendiri tak boleh? 

Orang nak cakap apa, biarlah.

Orang nak jeling jeling, biarlah.

Jangan sebab takut tak blend in, kau ubah diri kau.

Jangan sebab takut kena gelak, kau ubah diri kau.

Bila kau cuba jadi orang lain, kau sendiri belum tentu selesa dengan diri kau tu. Buat apa-apa serba tak kena. Buat apa-apa, sentiasa kena hati-hati takut kawan-kawan komen. Kau hidup dalam ketakutan yang nonsense. Best sangat ke hidup macam tu?

Best jadi fake?

Bagi aku, kau bukan jadi cool, jadi kelakar adalah. Heh.

Why should you change yourself just to be accepted? Why can't you be accepted just the way you are? Come on lah, if your "friends" are true friends, they will accept your real self. If they don't like you, there IS someone out there who would gladly let you into their lives. 

Nak berubah pun ada tempatnya. Berubah untuk jadi baik, bukan jadi lagi teruk.

You are unique in your own way. Stop trying so hard to blend into the society.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

Le Writer

Photo Profile
NSF

I used to dream of becoming a writer. The dream is gone, the habit lives.

Read More

Le Categories

Myself Thoughts Random Blogging Everyday Stuff Talk Study Life Places Rant Harry Potter K-Pop New Year Insomnia Day6 Baby Life Self-reflect

Le History

  • ▼  2026 (2)
    • ▼  July 2026 (2)
      • Hidayah
      • Kesedaran
  • ►  2025 (3)
    • ►  December 2025 (1)
    • ►  August 2025 (1)
    • ►  July 2025 (1)
  • ►  2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
  • ►  2023 (3)
    • ►  July 2023 (2)
    • ►  May 2023 (1)
  • ►  2022 (4)
    • ►  August 2022 (1)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  March 2022 (1)
  • ►  2021 (3)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  June 2021 (1)
    • ►  March 2021 (1)
  • ►  2020 (9)
    • ►  October 2020 (2)
    • ►  September 2020 (2)
    • ►  August 2020 (2)
    • ►  June 2020 (1)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (1)
    • ►  June 2019 (2)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (1)
  • ►  2018 (13)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (1)
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  February 2018 (1)
    • ►  January 2018 (2)
  • ►  2017 (25)
    • ►  December 2017 (2)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (3)
    • ►  July 2017 (7)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (1)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  March 2017 (1)
    • ►  February 2017 (1)
  • ►  2015 (8)
    • ►  March 2015 (4)
    • ►  February 2015 (1)
    • ►  January 2015 (3)
  • ►  2014 (4)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  October 2014 (1)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  April 2014 (1)
  • ►  2013 (13)
    • ►  December 2013 (3)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  October 2013 (2)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (2)
    • ►  April 2013 (1)
    • ►  January 2013 (1)
instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates