Pages

  • Home
  • About

Le Journey

Assalamualaikum ♥

Setelah lama menaip dan memadam tulisan aku di blog, akhirnya aku ambil keputusan untuk buat lantakau dan menaip sesuka hati aku wahaha. So, firstly, of course ah, aku dah habis SPM weehee jealous dok jealous dok. Kekeke punya lama dah habis baru la ni nak heboh. Pang kang. Aku ingat aku akan 'schoolsick' bila dah habis sekolah, rupanya aku enjoy boleh buat apa aku suka kahkah. Tapi tipulah kalau cakap takde rasa rindu langsung. Cuma bila first two weeks tu rasa cam pelik je gua tak pergi sekolah. Tetiba pulak cuti. Kalau tak hari-hari aku enter pintu gerbang sekolah yang serba indah tu.

Yang buat aku rasa lagi pelik ialah tahun depan aku dah 18 tahun. Awkward gila rasa macam dah tua sangat je aku ni. Selalu aku dok fikir umur 18 ni kira macam dah dewasa. Sekarang aku pulak yang meniti saat itu huahua. Dah nak dua dekad dah umur aku rupanya. Takpelah asalkan kita forever young di hati dah cukup kan kehkeh. Mentang-mentang aku dah habis sekolah ni, habis adik aku jadi mangsa. Aku yang tolong countdown kan berapa hari lagi nak sekolah. Aku pulak overexcited. Erk.

Aku tengok zaman sekarang ni ramai yang tak reti rileks. Bila ada masalah sikit, mulalah gelabah tak tentu pasal. Bila tengok benda yang dia suka, mulalah tak reti duduk diam. Bila kena provoke sikit, habis tangan kaki semua naik nak bantai orang. Hek eleh. Cuba rileks.

Dah, senyap. Aku pun tak reti rileks jugak kadang-kadang. Contoh paling mudah ada dekat atas tu. Dah tau dah habis sekolah, aku pulak countdown untuk adik aku. Nampak tak tak reti rileks tu. Gelabah na dah kenapa kau?! Ha. Tapi aku pening gak tengok orang yang tak reti rileks ni kadang-kadang. Rasa stress pun ada. Rasa nak bagi penampo lagilah ada. Sebabnya, dia mula memekak lepastu fikir diri sendiri je. Ketenteraman orang sekeliling dia manada dia fikir. Padahal masalah dia besar kuman je. Orang yang ada masalah besar pun reti rileks, ni dia masalah kecik nak bising.

Kelakar tak? Gua rasa kelakar bila tengok orang yang masalah punyalah kecik tak reti nak rileks, tapi orang yang ada masalah besar peh punyalah tenang. Terbalik sungguh. Okay lah. Kalau ada masalah pun, tak kiralah kecik ke besar ke, cuba rileks dulu. Jangan nak sound aku tanya macam mana nak rileks eh. Rileks pun tak reti payah ah bro. 

Bila ada masalah, tarik nafas dalam-dalam lepastu lepas. Lepastu fikir, apa yang kau patut buat dengan masalah kau. Kalau kau tak tahu, seek help ah. Dari parents ke kakak ke abang ke adik ke kawan ke sesiapa jelah. Tak payahlah nak canang kat semua orang masalah kau tu. Kau tak tahu, orang yang dengar pun maybe rasa muak dengar masalah kau. Bila kau dah canang dekat semua orang, orang pun fikir masalah kau tak serious sangat. Then kau fikir orang nak kisah ke pasal masalah kau?

Kepada yang nak satu dunia tahu masalah dia tu, gua mohon ah berhenti. Tak dapat faedah pun sebenarnya. Kau nak orang kesian dengan kau, ya yang rapat dengan kau mungkin ah kesian. Tapi yang asyik dengar masalah kau yang takdelah serious mana yang kau update setiap hari, boleh jugak timbul rasa menyampah. Hentikanlah publisiti murahan ni. Kalau dah tahu ada masalah, macam aku cakap tadi, cerita dengan seorang dua yang rapat dengan kau dahlah. At least kau dapat jugak bantuan. Ini kalau kau sentiasa bagitau semua orang masalah kau, hidup kau dikelilingi fakers yang buat-buat kesian jelah gamaknya.

Lagi satu. Dah tahu ada masalah, cubalah selesaikan. Ini kalau kau dok fikirkan masalah kau yang tak pernah nak habis tu, makin lama berkumpul jelah masalah kau tu. Satu pun tak pergi. Tak payah buang masa nak menangis merungut setiap masa, tapi usaha kau nak atasi masalah tu haram jadah takde. Takde function pun kau nak upload gambar kau menangis ke potong tangan ke apa ke. Bagi aku tu semua publisiti murahan. 

Kau nak ke orang gelar kau drama queen? Memang ah, biaq pi orang nak kata apa. Tapi itu kalau apa yang kau buat betul. Ini kalau dah terang-terang kau buat benda salah, exactly macam apa orang cakap, itu kau sendirilah kena ubah. Attitude kena jaga kawan. Kita dah besar, pandai-pandailah fikir, Buat rileks lagi bagus.

Jadi manusia sekalian, mohon rileks dan fikir dulu sebelum buat apa-apa.

Ingat. What you do now affects the future.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Assalamualaikum ♥

I'm baaaaaaaaaaackkkkkkkkkkkkkkkkk!

Hey there everyone muehehehe I'm still a blogger weeheee. So today's date is October 22nd, which means 11 more days till SPM. OMG SPM I'M GONNA FACE SPM SOON.

I still can't quite believe it by the way. I'm going to leave this school in just a month. I'm going to finish school. I'm going to leave the school environment. And most importantly, SPM is just around the corner. Like REALLY around the corner.

What.

Well all these years I've been wanting to finish my Form Five years quickly and then yaayyyy I won't be attending school anymore! No more homework no more teachers no more early wake-up no more everything. I'll be free! I can do whatever I want to! All those thoughts just excited me but now...

What is this feeling? I don't want to leave school any longer. Everything's happening so soon. Why. Why. I'm growing up so fast oh my.

I refuse to leave school. I'm going to miss everything.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Assalamualaikum, hi ♥

Mari kita mulakan dengan ayat cliché. Dah berkurun tak update blog ni, berhabuk dah. Hehehe. Hiperbola tak habis-habis.

So, how's life? Macam biasa aku borak dengan blog lagi kehkeh. Result mid-term exam dah keluar. Mine is just good, alhamdulillah. Nak merungut pun tak boleh, memang bersyukur sangat kalau nak fikir pasal usaha aku. Aku rasa aku boleh abaikan quote ''Better late than never'' buat sementara waktu memandangkan aku akan study last minute lagi kalau macam tu.

These days aku tak tahulah apa masalah aku tapi aku banyak terasa dengan motivational quotes. Yang paling baru, ''Great minds have purposes, little minds have wishes.'' Aku pun fikir, aku lagi banyak ada wish ke purpose? Ternyata seimbang. Dua-dua aku ada. So sebelum aku mengadah selepas terhantuk baik aku banyakkan purpose tu.

Gua rindu nak menaip sebenarnya. Asyik menulis je dekat sekolah dekat rumah dekat mana-mana je guna pen. Aku pun reti muak jugak ye tak. Apa salahnya sekali sekala cikgu bagi homework online yang membolehkan aku send homework pun online? Takdelah lenguh sangat jari-jemari kesayangan aku ni menulis. Setakat type dekat phone, tak feel ah. Gua nak type guna keyboard sebenar.

Sekali lagi. Entah apa entah motif aku create post ni. Lagha semata-mata semua ini. Kehkeh adios. Assalamualaikum.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Assalamualaikum, hi ♥

Rasa awkward jugak rasanya bila dah lama tak blogging ni. Tapi aku tiba-tiba rasa nak blogging, apakan daya. Urge nak menaip dah datang. Aku belum tahu lagi nak cerita apa ni.Tapi biarkan aku bercerita.

Fikir.

SPM makin lama makin dekat. Takyah cerita SPM, mid-year dah dekat gila. Aku prepare apa-apa pun belum lagi ni. Risau betul aku tengok perangai sendiri. Berubah woi berubahlah tolong aku minta. Jangan sudah terhantuk baru tengadah nanti. Aku rasa study tu tak payah mana pun, depends, dekat usaha orang tu sendiri.

Banyak betul benda jadi sekarang ni. Personaliti aku pun berubah-ubah. Perangai lagilah. Mood swing memanjang. Apa kena aku pun tak tahu. Sebenarnya benda ni dah biasa dah, cuma cara aku handle je bertukar. Makin effective atau makin teruk, itu aku tak tahu. Kadang-kadang okay, kadang-kadang macam pelik jugak. Aku teringin nak jumpa pakar mental sebenarnya, tengok aku normal ke tak.

Kau takde terfikir ke nak ada some sort of power? I mean, superpower? Macam boleh jadi invisible ke, terbang ke, baca fikiran orang ke, hentikan masa ke kan. Lepastu travel satu dunia ni, see the people, see the countries, find hidden mysteries. Wow dude wow. It's gonna be awesome. Ya, memang tak boleh ada semua tu, aku cuma fikir je.

Dari orang anggap kau tak ada taraf, mungkin satu hari nanti kau dekat atas diorang, jadi pemerintah. Kau tak tahu, diorang tak tahu. Sebab tu dengan semua orang kita kena buat baik, jangan pilih kasih. Bahaya bro. Sebab kau tak tahu mungkin orang tu jadi someone you need the next time. Kan?

Apa point ni.

Gua rindu sebenarnya.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

Le Writer

Photo Profile
NSF

I used to dream of becoming a writer. The dream is gone, the habit lives.

Read More

Le Categories

Myself Thoughts Random Blogging Everyday Stuff Talk Study Life Places Rant Harry Potter K-Pop New Year Insomnia Day6 Baby Life Self-reflect

Le History

  • ►  2026 (2)
    • ►  July 2026 (2)
  • ►  2025 (3)
    • ►  December 2025 (1)
    • ►  August 2025 (1)
    • ►  July 2025 (1)
  • ►  2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
  • ►  2023 (3)
    • ►  July 2023 (2)
    • ►  May 2023 (1)
  • ►  2022 (4)
    • ►  August 2022 (1)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  March 2022 (1)
  • ►  2021 (3)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  June 2021 (1)
    • ►  March 2021 (1)
  • ►  2020 (9)
    • ►  October 2020 (2)
    • ►  September 2020 (2)
    • ►  August 2020 (2)
    • ►  June 2020 (1)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2019 (7)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (1)
    • ►  June 2019 (2)
    • ►  May 2019 (1)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (1)
  • ►  2018 (13)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (1)
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  February 2018 (1)
    • ►  January 2018 (2)
  • ►  2017 (25)
    • ►  December 2017 (2)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (3)
    • ►  July 2017 (7)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (1)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  March 2017 (1)
    • ►  February 2017 (1)
  • ►  2015 (8)
    • ►  March 2015 (4)
    • ►  February 2015 (1)
    • ►  January 2015 (3)
  • ▼  2014 (4)
    • ▼  December 2014 (1)
      • Cuba rileks.
    • ►  October 2014 (1)
      • Soon.
    • ►  June 2014 (1)
      • Um.
    • ►  April 2014 (1)
      • Menaip.
  • ►  2013 (13)
    • ►  December 2013 (3)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  October 2013 (2)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (2)
    • ►  April 2013 (1)
    • ►  January 2013 (1)
instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates