Kesedaran
Assalamualaikum.
Sama macam post sebelum ni, my baby's taking a nap right now. Hahaha. Biasanya aku tidur sekali tapi ada orang buat rasa rindu nak menulis.
How's life? Alhamdulillah. Whatever is going on, alhamdulillah.
Sedang cuba kenal dan rasa dekat dengan Allah. Walau seringkali gagal. Rasa dekat, jauh balik. Dekat, jauh lagi. Tapi macam tulah iman. Sentiasa turun naik. Yang masalahnya bila dah turun, pastu takde effort nak naikkan balik 🫠
I completed reading a book titled 'Fardhu Ain Mudah Menuju Solehah'. It's a good read, but took a loooooong time to complete sebab malas dan rasa takde masa membaca. Dekat situ belajar balik rukun islam, rukun iman, bab ihsan. Paling terkesan mungkin bab rukun iman. Sebab selama ni kita tahu rukun iman ada 6, tapi kita tak betul-betul faham dan hayati. Sekarang tengah ada kesedaran ada 2 malaikat sedang mencatat di kiri dan kanan. Setiap detik hati, perbuatan dan percakapan yang kita buat. Semuanya diorang tengah catat.
And it's quite scary.
Ada kesedaran bukan bermaksud aku dah baik. Tak. Masih ada je masa aku hilang sabar, cakap pasal orang. Nauzubillah. Ada masa aku ingat, ada masa aku lupa, ada masa buat-buat tak ingat. Rasa macam 'ah kejap je nak mendunia'. Padahal ajal tak ikut plan kita. Bila-bila masa je Malaikat Maut akan sampai.
And it's VERY scary.
Scary sebab? Kita sendiri tahu amalan tak cukup. Tapi tak reti-reti nak top up amalan. Lagi menambah dosa je pulak.
Takut sangat kalau tiba-tiba masa dah sampai dan amalan baik masih tak melebihi dosa. Risau.
Semoga Allah permudahkan jalan kita semua untuk hidup di jalan yang Allah redho. Semoga kita sentiasa mampu jaga hati, mata dan lisan daripada perkara yang Allah murka. Semoga kita sentiasa ikhlas dalam beribadah dan berbuat baik semata-mata kerana Allah. Semoga pada akhirnya, kita dikurniakan husnul khotimah dan syurga yang tertinggi.
Insyaallah.
Till the next post!
0 Comments
Post a comment