Sebab luar dan dalam tak sama.

by - January 23, 2015

Assalamualaikum 

Back.

Nak dijadikan cerita, aku suka menulis. Cuma aku tak sukalah nak menulis benda yang memerlukan aku berfikir secara kritis dan kreatif. Sebab tulah aku tak berapa nak berkenan tulis karangan ni huahua. Aku pernah terfikir nak buat novel lagi tapi semua cerita aku berhenti separuh jalan, tak pernah sampai destinasi. Dah singgah R&R kejap terus lupa jalan nak pergi destinasi tu. Heh.

We judge too quickly.

Kenapa macam tu eh?

Entah. Aku pun tak tahu. Bila nampak orang lain sikit dari kita, macam ada suara dalam kepala ni mula jerit benda negatif.

Bila nampak orang lebih sikit dari kita,
"Berlagak gila."

Bila nampak orang muka ketat je tak senyum,
"Sombong gila."

Bila nampak orang sedekah,
"Menunjuk gila weh."

Hambik kau, semua dia nak "gila"kan. Entah apa yang tak puas hati sangat. Padahal orang tu mungkin takda niat pun nak tunjuk dia lebih dari kita. Mungkin dia tak senyum sebab dia ada masalah. Mungkin dia ikhlas nak sedekah kerana Allah.

Kau tahu ke?

Kau tahu ke semua tu?

TAK TAHU KAN??

Macam mana pulak kau boleh tahu niat dengan perasaan seseorang? Kau bukan Tuhan. Bijaknya kau boleh tahu siapa ikhlas siapa yang tak ikhlas. Buatnya orang tu memang ada masalah, kena pulak kau fitnah, end up dia depressed tahap maksimum, lepastu bunuh diri ke jadi gila ke. Kau tak rasa bersalah ke?

Kalaulah ada rasa macam diri tu fikir negatif pasal orang lain, tak perlulah nak bagitau orang lain, lepastu mengumpat pulak. Yang kelakar tu mengumpat pasal benda yang dia sendiri tak tahu kesahihannya. Dah sebar fitnah pulak. Hok aloh. Dosa datang berduyun-duyun. Pahala awak pulak pergi dekat dia. Kalau dah ada rasa macam tu, simpan dalam hati, istighfar.

Kalau nak fikir apa-apa, kalau nak cakap apa-apa, make sure ada bukti dulu baru cakap. Ada fakta, baru cakap. Ini kalau main bantai cakap je, walaupun awak tu tak mulakan cerita auta tu, tapi bila awak sebarkan dekat orang lain, sama je berdosa.

Konklusinya, don't judge a book by its cover. Kalau orang buat benda tak elok, tanya dia dulu kenapa. Jangan pakai serbu je. Dia mesti ada alasan sendiri. Kau pun mesti sedih kalau orang buat fitnah pasal kau kan kan kan kan. Siasat dulu, tapi jangan sampai orang panggil kau busybody pulak, melampau-lampau kau punya concerned camtu.

Diam lebih baik dari menyebar fitnah.

Hakikatnya, kita semua sama je. Tak payah nak kutuk orang sana sini. Takda faedah pun.

You May Also Like

0 Comments