Assalamualaikum.
Blogger. My only medium yang bertahan lama gilos. Tanpa jemu. Sebabnya? Ini medium aku. Milik aku sorang. People cannot respond to my posts.
"Far dan blognya"
"Macam isi dengan kuku kaki dia"
"Hahahaha ya"
Kata-kata dua babun hahaha.
Oyeah.
Hidup kadang-kadang dekat atas, kadang-kadang dekat bawah. Bila dekat atas, jangan suka sangat. Bila dekat bawah, jangan duka sangat. Sebab hidup ni macam roda. Berpusing-pusing atas jalan. Kejap jalan lurus, kejap belok kanan, kejap belok kiri, kejap buat u-turn. Dalam perjalanan tu macam-macam bendalah roda tu jumpa. Ada semut, ada sampah, ada habuk, ada tahi. Macam-macam. Roda ni takkan pernah berhenti. Sampailah satu saat.
Saat bila?
Saat ajal tiba. Saat kau tak mampu nak ubah apa yang kau dah pernah buat dekat atas bumi ni. Saat pintu dunia ditutup untuk kau.
Kalau kau dah lupa, biar aku ingatkan. Ajal tu datang bila-bila masa je. Saat kau paling tak duga. Mungkin masa tu kau tengah buat benda baik, ajal tiba. Okay. Macam mana kalau kau tengah buat dosa, dosa yang kau sendiri tahu itu dosa, tapi kau tetap juga buat. Masa tu jugak Malaikat Maut datang menjemput roh kau. Macam mana? Apa je kau boleh buat masa tu?
Nothing.
Tak ada benda kau boleh buat untuk hentikan saat itu daripada hadir.
Ingat sekalian kesayangan. Sedangkan bayi yang baru lahir boleh meninggal dunia. Kita?
Jangan lemah dengan ujian. Jangan futur bila kena musibah. Jangan bongkak bila terima nikmat. Sebab seluruh hidup di dunia ini semata-mata ujian.
Jangan cakap "Kau tak rasa apa aku rasa". Aku tak peduli pun apa yang kau rasa, sebab aku pun pernah rasa macam-macam rasa. Dari semua ujian tu, aku sedar satu benda.
Jangan mudah mengalah. Jangan mudah putus asa. Ujian kita ni tak berat mana. Tak seberat ujian yang dilalui Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Kalau kau rasa patah hati sudah terpaling berat, masyaallah. Itu cuma masalah kecil.
Agak-agak kau, macam mana Rasulullah SAW dan para sahabat lalui 3 tahun 3 bulan dipulaukan? Tempoh tu bukan sekejap. Meh aku share petikan dari buku 'Tinta 2 Asyraf' karya Hilal Asyraf dan Imam Muda Asyraf.
---
"Ini membawa kepada kehidupan yang perit sehingga dilaporkan bahawa mereka terpaksa memakan pucuk-pucuk daun yang kering, sehingga pecah bibir mereka. Sehingga mereka ini terpaksa merebus kasut kulit mereka, untuk dijadikan makanan."
---
"Keimanan Itu, Memberikan Kekuatan
Percaya bahawa kesudahan untuk mereka hanyalah kebaikan, membuatkan mereka bertahan dengan kesukaran mereka. Bayangkan, tiga tahun tiga bulan bukan waktu yang sebentar. Apatah lagi tiga tahun tiga bulan yang diisi dengan penderitaan.
Mereka terpaksa berlapar berhari-hari. Anak-anak pula menangis. Dalam keadaan masa hadapan untuk mereka belum pasti. Apakah akan terjadi esok? Sehingga apabila penderitaan ini akan berterusan?
Tetapi mereka kuat. Kerana yakin dengan janji Allah s.w.t. Kesudahan mereka pastinya adalah kebaikan. Keimanan mereka terhadap janji Allah s.w.t. ini, adalah yang menguatkan mereka mengharungi hari demi hari dalam tiga tahun tiga bulan itu."
---
Nampak dah?
Bangun.
Jangan bazir masa lagi.
Buang rasa tu jauh-jauh. Buang marah tu jauh-jauh. Sebab ganjaran sabar itu lebih besar daripada kau membuang masa menyakitkan hati sendiri.
Setiap kali aku jatuh, rasa dah tak mampu lagi, setiap kali tu juga, tangan aku ditarik kembali. Dipegang erat dan kemas, membantu aku bangkit lagi. Sehingga aku mampu berdiri tegak hadapi dunia semula.
Masyaallah.
Kalau kau percaya, kau juga pasti rasa nikmat itu. Nikmat yang tak terhingga. Nikmat yang jadi penyuntik semangat dalam diri, melahirkan nawaitu baharu.
Aku dah pun tahu rahsia penyembuh itu.
I found out the cure for everything.
The cure is takwa and faith to Allah. Find Him once again, and smile. Ikhlas, buat sesuatu kerana Allah. Insyaallah, you will find the peace in your heart :)
0 Comments