Ubah
Assalamualaikum.
Semalam lepas perbincangan yang 'hangat', aku terfikir satu benda yang aku sendiri baru sebut.
'Kenapa mereka hanya tahu mempertikaikan sesuatu, tetapi tiada inisiatif untuk mengubah sesuatu itu?'
Rupanya aku sendiri sedang mempertikaikan tindakan itu. Rupanya aku juga sama. Tersentak kejap.
Nah. Nampak tak. Tak ada guna kalau mulut sahaja yang bergerak macam petir mengutuk, mengumpat sesuatu tindakan tu, kalau tak ada rasa nak ubah. Guna mulut itu untuk mengubah, bukan mengumpat. Tegur cara baik. Cakap berdepan dengan orang itu, tapi jangan melampau. Jangan buat orang itu rasa lagi teruk. Kalau berterusan sikap macam ini, agaknya bila baru masyarakat maju dapat diwujudkan? Agaknya bila kita benar-benar dapat bersatu?
Mari sama-sama ubah mentaliti, sebab maju fizikal je tak guna, mental pun kena maju juga.
0 Comments
Post a comment