Assalamualaikum ♥
Taip. Padam. Taip. Padam. Dah berapa ribu kali entah aku buat benda yang sama. Topik lain lain. Ada yang pendek, ada yang panjang berjela-jela. Tapi semua aku padam. Sebab bila baca balik, aku tak faham apa maksud aku. Kejap dekat Malaysia, kejap dah sampai Singapore, kejap patah balik pergi China, tiba tiba terbang terus pergi Canada, lepastu singgah Greenland, pusing pusing punya pusing baru sampai Malaysia balik. Agak agak kalau naik flight pusing satu dunia tanpa henti pening tak? Penat tak? Macam tulah aku rasa lepas baca balik apa yang aku taip sepanjang Tembok Besar China. Kalau penulis tak faham karya sendiri, pembacanya apatah lagi.
Menulis dalam Bahasa Melayu rasa tenang. Writing in English feels good. Sebenarnya aku selesa menaip dan menulis dalam kedua-dua bahasa tu. Ada sesetengah situasi buat aku rasa guna English lebih baik, ada masa aku rasa guna Bahasa Melayu lebih bagus, ada jugak bila aku rasa combine dua dua sekali jalan yang terbaik. Yang pasti aku belum pernah menulis atau menaip dalam Korean lebih dari satu perenggan. Ayat semua dah terabur memang takkan boleh buat lebih. Kalau bagi orang Korea baca mahu mati sebab tak cukup nafas nak gelak.
Aku memang suka cakap sorang sorang. Bukan sarcasm, memang suka. Bukannya suka, dah memang habit. Bukannya habit. Aduh, aku pun tak tahu nak jelaskan. Yang pasti aku memang akan buat tanpa sedar. Cakap dengan benda tak hidup pun selalu, sebab kadang-kadang, cakap dengan non-living things rasa lebih puas dari cakap dengan manusia. Kadang-kadang pun rasa macam benda tak hidup sahaja yang faham hati aku (walaupun dia tak pernah dengar atau faham pun sebenarnya). Kalaulah benda-benda tu semua bernyawa, ada dua kemungkinan. Sama ada semua tu jadi sahabat aku, ataupun muak dengan segala curhat yang aku muntahkan selama ini. Apalah rasanya bila terpaksa pendamkan suatu rasa yang mustahil diluahkan. Senang susah jatuh bangun menghadapi rasa itu segalanya dilakukan sendirian. Sungguh aku mahu jauhi situasi sebegitu.
Yang aku mahu katakan asalnya, hidup ini drama. Silap, umpama drama. Bila fikirkan balik storyline hidup aku, akan ada rasa macam semua yang aku lalui persis jalan hidup watak utama sebuah drama. People come and go, new people come and leave too. But some you love and who love you stay forever. Kadang-kadang aku terasa mahu bukukan hidup aku atau rakam semua yang aku buat dari waktu aku dalam perut mama sampailah sekarang. Beri aku tonton, aku mahu ingat semuanya. Biar jadi memori indah, biar jadi pengajaran di masa depan. Dan bila aku tua kelak, muka berkedut, badan mengecut, rambut bertukar putih, aku mahu tonton video itu semula. Waktu itu, terukir senyuman dan berlinangan air mata mengingati segala perkara pahit dan manis serta arus kehidupan deras yang aku harungi demi kebahagiaan yang satu.
'Kalau sayang, tetap sayang. Kalau benci, tetap benci.' Kalau sayang, memang boleh terus sayang seseorang itu. Tapi kalau benci, aku rasa memang tak mustahil nak hilangkan rasa benci tu. Bagi aku, paling teruk pun biarlah tak suka je. Benci macam terlalu kejam dan melampau. Memang tak boleh lupa pun apa perkara buruk yang dia buat dekat kita. Buatlah macam mana sekalipun, mesti akan ingat. Bahkan akan lagi ingat kalau cuba lupakan. Just let it go slowly. Maafkan pun dah memadai. Walaupun tak ikhlas, usaha tangga kejayaan.
Jujur, subjek-subjek form 4 memang susah. Susah sangat bagi orang yang malas belajar macam aku. Yang rajin belajar, semua soalan Biology Physics and Chemistry dia boleh jawab macam sebut ABC mudahnya hidup macam tu. Aku memang senang sangat mengantuk dan berkhayal dan berangan. Susah betul nak fokus dalam kelas kalau macam tu. Pandang cikgu dengan muka serius tapi dalam kepala dah fikir benda lain. Sejarah yang aku suka pun aku jarang tahu apa yang cikgu cakapkan dekat depan. Most of the time aku akan lihat meja belajar sebagai bantal. Belajar last minute pulak menjadi kebiasaan. Jadual belajar buat, tapi tak pernah ikut. Boleh nampak tinggi mana tahap disiplin aku di situ. Sebab tu aku tak stress macam pelajar lain. Kalau stress pulak, kupas kulit pisang pun aku akan malas. Rasa give up muncul tak semena-mena.
Aku tak sangka aku taip sejauh ni. Aku tak sangka aku membebel sebanyak ni. Omy shut my mouth.
0 Comments