MDS UiTM Shah Alam #MDSLit
Assalamualaikum💖
So I'm home and today I'm going to write about my experience during MDS week at UiTM Shah Alam! Also a guide for those yang akan cari info pasal MDS ni next year haha. But there aren't any pictures though. Aku pun taktau kenapa aku tak ambil gambar even though dah plan nak blog pasal ni (maybe penat sangat Idk).
Ahad, 03.09.2017
D-Day. Gerak dari Seremban around 9.00 AM and bila nak sampai UiTM Shah Alam memang jammed gila. But luckily, polis bantuan tu kata student perempuan boleh terus pergi ke Kolej Mawar (which means tak payah stop dekat padang kawad and naik bas pergi kolej). Such a huge relief sebab kalau pergi padang kawad confirm lagi lama.
Pendaftaran kolej
Masuk je kolej kena pergi daftar dekat dewan. Tapi tak ramai sebab proses dia simple. Just bagi surat tawaran then dia bagi kunci bilik terus. Dapat bilik berempat. Then bila nak naik bilik tu, turns out blok aku takda lif masyaallah nasib baik aku bawak barang untuk MDS je. Kalau tak confirm berapa kali ulang alik. So kalau rumah dekat/ korang balik lepas MDS, bawak jelah barang sikit dulu. Lepas MDS bawak lagi barang ok.
Bilik
Aku dapat bilik berempat. Aku ingat sempit mula-mula tapi luas jugak sebenarnya so takyah risaulah pasal sempit ke apa. Aku takda gambar nak tunjuk so sila google haha. Almari tak besar mana tapi tinggi so boleh letak banyak barang. Katil dengan tilam ada tapi bantal bawak sendiri. Perabot semua besi.
Farewell
Lepas dah letak barang dalam bilik, aku dengan family aku pergi makan dekat macam ada kedai banyak banyak depan kolej. Tapi nenek aku dah sediakan bekal so tak payah beli dah. Kedai kat situ tak banyak pun bukak masa tu so better bawak la bekalan makanan. Around 1:30 PM my family left and there were a lot of crying and tears and I couldn't stop crying since it was my first time staying away from my family😭😭. Sampai bilik la aku nangis (lucky my roommates weren't there). Mula la aku fikir nak suruh family aku ambik aku balik sebab tak jadi nak sambung belajar, biar aku kerja ke cari kolej kat Seremban ke hahaha.😂

Taklimat MDS
2:30 PM dah turun dewan yang tempat daftar tu, bawak telekung and dokumen semua lah. Masa ni dia introduce PM (Pemimpin Mahasiswa) semua, introduce lagu UiTM di Hatiku dengan Wawasan Setia Warga UiTM, practice cheers kolej semua lah. It was fun sebab PM kelakar and sporting. Also, masa ni dia collect borang kolej ok so please lah print awal-awal.
Solat
Solat sepanjang MDS ni berjemaah. Bagi aku dia best sebab tenang je nak solat, takda rushing bila tengok orang lain dah sudah solat. Part rushing dia masa nak ambil wudhu je.
Makanan
Untuk MDS ni dari start sampai habis MDS dia provide makanan from sarapan sampai dinner. Tapi masa tengah hari korang sampai tu memang dia tak provide. Dia provide makanan start dari dinner masa hari mendaftar sahaja.
Taklimat Pendaftaran Pelajar Baharu
Around 8:00 PM macam tu, kena pergi Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) naik bas. There were a hell lot of stairs and imagine lah 2000 orang camtu naik tangga yang sama... Fed up jugak mula-mula, dahlah tinggi gila nak naik wei. But bila masuk je dewan tu... Weh it' so cantik weh the designs and the walls were so cool too but since I was tired from climbing all those stairs I was like nah whatever lah.
Malam tu, dia guide pasal cara yang betul nak isi borang A, B, D dan sebagainya. Tapi better isi je borang tu awal-awal, takdalah kelam kabut. Kalau tersalah isi ke apa, nanti bagitau dekat PM sebab diorang ada sediakan borang jugak. Tapi come on lah, ikutlah instruction masa terima tawaran haritu. Kalau dia suruh print, korang pergilah print. Kalau dia suruh sahkan, korang pergilah sahkan. Baca je semua benda dekat website tu. But turns out slip gaji parents aku tak sahkan (sebab dalam list tak mintak sahkan pun??). This one I tell you lah, sahkan awal-awal sebelum pergi UiTM, sahkan je semua benda. Sebab kalau masa tu jugak korang nak sahkan dengan pegawai, memang beratur panjang lah jawabnya. Tak campur lagi orang yang berebut tak reti sabar. Pastu campur kena balik lambat lagi *sigh* .
Roommates
That night aku sampai bilik around 1:00 AM kot? Tak ingat sebab sebelum boleh naik bilik, dia kira semua orang dulu. Masa dah naik bilik tu baru jumpa semua roommates and alhamdulillah they're all okay and friendly. I decided not to judge people by their appearance anymore because I look sombong but I'm not actually sombong ok.
Isnin, 04.09.2017
For this day, dia bahagikan ikut fakulti sebab nak buat pendaftaran akademik dekat DATC. Bangun pukul 4:00 AM and kena turun pukul 5:00 AM and the cycle repeats for the next three days.
Pendaftaran Akademik
Fakulti Sains Gunaan antara yang first buat pendaftaran so lucky me. Lepas dah daftar, kena pergi tangkap gambar untuk kad matrik AND I LOOKED SO UGLY UGH. Then dapat kad matrik tu kejap je. Lepastu ada la PM ni jual tali kad tu tapi dia sebut something yang foreign gila bagi aku so aku tanyalah orang sebelah aku.
Me: Dia cakap dia jual apa?
Her: hjsdsajdha
Me: Lay-what?
Her: Layadjadaskdhk
Me: Ha?
Her: Yang tali tu. Layavdsajha.
HAHAHA lepastu aku google lah sebab aku still takleh catch apa yang dia cakap and oh rupanya dia panggil tali tu lanyard wei first time tau wei rasa noob gila masa tu😂. After that ada banyak sangat masa so PM share experience diorang and it was cool. I don't remember what we did afterwards but it was pretty much the same lah macam ada taklimat and all that but still balik lambat ok.
Selasa, 05.09.2017
Taklimat, taklimat, taklimat. Petang tu ada lawan bola sepak dekat Stadium UiTM Shah Alam antara siswa baru dengan mix PM and ketua something kot? Tak sure but result dia 0-0. Rasa macam tengok kartun main bola sebab kelakar hahaha😂. Malam tu ada pergi Masjid Tuanku Mizan untuk tasmik camtu lah. Dia test bacaan dalam solat semua tapi yang aku ni memang jenis nervous, habis semua benda aku lupa masa tu jugak... Tambah pulak malam tu dah kena selesema teruk gila so lagilah rasa nak balik tidur. Dah penat sangat aku tertidur dalam masjid tu masa pakai telekung for who knows how long. That's how tired I was.
Rabu, 06.09.2017
Today was filled with taklimat and nyanyi lagu je and trust me I kept dozing off without even realizing that I closed my eyes and when I realized I was closing my eyes I woke up at once due to shock hahahaha I don't even know how to describe this but it was literally like that😅. No matter how hard I tried to focus, I always ended up closing my eyes without even realizing it. Bukan sengaja tidur ok. Even gula-gula pun tak mampu tolong aku bukak mata. :')
Harini special sebab PM bagi naik bilik sampai pukul 9:00 PM wah terus aku pack barang nak bawak balik and gosok baju for the next day. Then turun bawah dekat dewan kolej untuk sesi bersama PM. Believe me, it was really fun ok! Firstly the break clap by Bro Ruz I still can't forget that and I'm still doing it haha. PM Hassan was damn funny la weh I couldn't stop laughing. And PM Eazy was so damn sweet playing the saxophone for his gf (kot la Idk) and everyone kept talking about how they wanted someone who could play musical instruments as a husband. It was a great night, really!💗
Khamis, 07.09.2017
Last day of MDS! More taklimat, taklimat and taklimat! Got perasmian MDS and I'll tell you something funny ok. So lepas perasmian tu kena nyanyi lagu UiTM Di Hatiku and aku as always selesema teruk la kan pasal sejuk gila. Then masa tengah nyanyi tu jugak hidung aku nak sakit and air mata mengalir YA ALLAH DAHLAH ORANG TENGAH TANGKAP GAMBAR. Rasa nak menangis betul-betul masa tu sebab takut nampak muka aku macam menangis. :')
Lepas dah siap taklimat around 4:50 PM ada macam penutupan and suddenly I felt sad because all the PM were so nice towards us. They danced to Kuasa Juara, Firework, Baby Shark and Gummy Bear for us and to me they were such sweet gestures.

After that naik bas pergi kolej and I packed my stuff and went back to Seremban!!!💖💖💖
So there are a few things that I'd like to stress on.
- Buang tanggapan yang MDS ni banyak buat game budak-budak sebab sekali pun diorang takda buat benda-benda macam tu. Takda pun diorang paksa main game budak-budak macam nyanyi ke tepuk tangan ke apa semua. Instead they did things for us which is so nice to me.
- PM semua okay. Ada masalah, jumpa diorang. They're humans too, takdalah kejam. Tapi dengarlah cakap diorang. Kalau kata turun bawah pukul 5:00 AM, tepatilah masa. Ini bukan PM je annoyed kalau kau datang lambat, tapi orang yang datang awal pun annoyed because it's unfair. Kalau korang tak cari masalah dengan diorang, diorang okay je. Tbh I loved almost all the PM. Ramai yang cakap garang sangat la apa la, tapi bagi aku kalau korang tak buat hal takdalah diorang garang. Kalau orang buat hal dengan kau, kau tak marah ke?
- Also kalau boleh jangan la tidur masa taklimat... Okay there's this one PM yang orang panggil Bro Jambang (boleh tengok through hashtag #MDSLit dekat Twitter). Aku paling seram dengan dialah. Kira kalau aku nampak dia masa aku tengah jalan, aku terus jalan laju gila, and kalau aku macam nak terlelap then nampak dia, terus segar mata aku. Why? Sebab kalau dia marah/jerit, wei I think I'll be scarred for life. But of course la kalau kau tak buat hal takdalah nak marah. Tu je. So don't mess with SDK ok.
- Before pergi UiTM tu pastikan dah baca semua panduan yang dia bagi masa terima tawaran tu. Jangan ada yang tertinggal. Sediakan list awal-awal. Check setiap masa.
Soooo I think that's all for MDS. It's all based on my views and experience. Pray for my success in university insyaallah!💖
Conclusion for MDS: It was damn lit alright!💥 Don't mind about what people say about MDS, perhaps it's different now but Idk guys.
Till the next post!😉
AW I'M SO GOING TO MISS MY BLOG!💔
P.S. If I have time I'll update this post with more pictures.
2 Comments
Nice post! Sama lah kita hehe masa kena tinggal jauh dari family tu pun rasa tak nak sambung belajar 😂 PM at your place seemed to be really nice. Kalau kat tempat saya and kalau nak jadi PM untuk mds pun we are not allowed to smile or laugh infront of students hmph
ReplyDeleteOh my God so sorry I just noticed this! Yaaaa they were really nice towards us. Wow I thought MDS dekat semua kampus UiTM sama cara dia. I guess I was lucky to have them as my PM haha 😂
DeletePost a comment