Pengecut.

by - February 27, 2015

Assalamualaikum 

Orang kata aku perahsia

Aku rasa tidak

Cuma tak ada kepentingan nak bercerita.



Orang tak tahu

Aku sebenarnya pengecut

Yang kadang ingin pergi

Yang kadang ingin lari

Dari masalah yang mendatang

Dari manusia yang mengerumuni.



Klise

Semua orang ada masalah

Tapi tak ramai yang pandai hadapi

Salah satunya aku.



Tapi aku lupa

Ada yang setia mendengar

Ada yang mampu beri ketenangan

Ada yang boleh menceriakan hati

Ada yang sentiasa rindukan rintihan

Ada yang bisa selesaikan semua.



Dia ada, Dia mampu

Tapi kenapa tidak bersyukur?

Kenapa perlu sibukkan diri

dengan menangisi masalah dunia?

Kenapa tidak sibukkan diri

dengan menangisi kejahilan diri?

Masyaallah.



Bila sudah tak mampu

Kembalilah sayang

kepada fitrah kita yang sebenar

Kembali tunduk kepada-Nya

Jangan futur

Allah itu Maha Pengampun.



Qowiy lillahi taala

Kuatlah kerana Allah Taala

Jangan mudah lemah hanya kerana

makhluk yang diciptakan-Nya.



Rileks lah

Allah kan ada :)


"Selagi Tuhanmu ada,
takkan engkau tercela."
-Fynn Jamal;Arjuna Beta-

You May Also Like

0 Comments