Beza.

by - August 05, 2013

Assalamualaikum 


Apa aku taip, tak semestinya itu yang aku rasa
Mungkin itu pandangan aku soal drama kehidupan
Kau apa tahu?

Manusia pelbagai jenis
Ada yang baik
Ada yang sederhana baik
Ada yang jahat
Ada yang macam setan
Tapi dalam diam mereka tetap punya hati.

Ada yang berlagak sombong
"Aku tahulah apa aku buat, kau jangan sibuk hal aku!"
Konon
Tapi dalam diam dia mahu bantuan kita.

Ada yang sensitif
Hati lembut bak kapas
Disentuh sikit, tumpah air mata.

Ada yang kasar
Cakap serupa gangster
Lu gua lu gua tiap masa
Tapi dalam hati ada taman.


Dah tahu manusia berbeza
Pandai-pandailah jaga hati masing-masing.

Dia lain
Kau lain
Faham?

Kau dan dia tak mungkin jadi sama
Kecuali kau cuba
Cuba faham dia
Cuba letakkan diri kau di tempat dia
Cuba sabar
Cuba selami hati orang lain.

Ingat
Tak ada manusia yang sempurna
Cubalah cari kalau mampu
Sebab kau takkan pernah jumpa.

Andai saja kau pernah mencuba
Takkan wujud nama pertelingkahan dalam dunia ini.

Bodoh manusia kala fikir dia menang
Dengan pergaduhan
Dengan merampas
Dengan menipu
Tak. Kaulah yang kalah sebetulnya.

Pokok
Tinggi mana pun
Lebat mana pun daunnya
Rendang mana pun
Tak guna kalau ada buah yang busuk.

You May Also Like

0 Comments